Sistem Matawang Pelengkap (Complementary Currency System)

Oleh : Mohd Aiman bin Badrul Khair – Matawang pelengkap ialah apa sahaja yang dipersetujui oleh sesebuah komuniti untuk digunapakai sebagai sistem pertukaran/ pembayaran selain daripada matawang konvensional/ nasional. Ia juga dikenali dengan nama-nama lain seperti matawang komuniti, matawang tempatan, matawang sekunder, dan matawang sosial. Matawang pelengkap secara umumnya bukan dicipta sebagai pengganti atau pesaing kepada matawang konvensional. Seperti namanya, ia berfungsi sebagai pelengkap (complementary) kepada matawang konvensional (Lietaer, Kennedy, Rogers 2012).